Tuesday, February 1, 2011 | By: azaki

Banjir Di Johor

Nampaknya banjir di Johor sekali lagi membimbangkan ramai penduduk. Terutamanya di Kota Tinggi dan Segamat. Kampung aku jugak secara tak langsung terlibat. Walaupun tak banjir tapi jambatan Utama masuk ke Felda Redong sekali lagi runtuh. NIela gambar yang dapat disharekan oleh rakan-rakan.



Cuti Tahun Baru Cina nie nampaknya tak balikla kampung.. Risau gakla sebab ddk kat bandar penawar nie, satu2nya jalan keluar adalah ke Kota Tinggi. KoTinggi pun nampaknya air semakin naik.... Sini saya sharekan  link update kepada Web Kerajaan Negeri JOhor berkaitan bencana banjir di Johor 2011...
http://www.johordt.gov.my/infobencana/index.html. Website nie update  jalan2 yang ditutup dan statistik terkini mangsa banjir.. Ganbar2 banjir sekitar Segamat and Kota Tinggi




Monday, January 31, 2011 | By: azaki

Dun Tenang

LABIS: Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang selepas calonnya, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti undi 3,707, mengatasi calon PAS, Normala Sudirman. 

Keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan tepat jam 10.03 malam oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini.
Mohd Azahar memperoleh 6,699 undi manakala Normala 2,992 undi.



Dalam pilihan raya kecil itu, Mohd Azahar, 39, yang juga bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat, dicabar oleh Normala, 38, yang juga seorang bekas guru. 

Sebanyak 71.8 peratus atau 10,579 pengundi daripada 14,753 pemilih berdaftar bagi pilihan raya kecil DUN Tenang keluar mengundi sehingga proses pengundian ditutup 5 petang tadi. 

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, jumlah peratusan itu lebih rendah berbanding pilihan raya umum 2008 iaitu 73.52 peratus. 

"Ini disebabkan oleh keadaan cuaca yang buruk sehingga laluan ke beberapa pusat pengundian dinaiki air serta kawasan seperti Pekan Lama Labis dilanda banjir," katanya. 
Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 menyaksikan Allahyarham Datuk Sulaiman Taha menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi. 

Sumber www.bharian.com.my