Lawatan ke Kilang Sharp MMC Batu Pahat telah diadakan pada 23 September 2010. Tujuan lawatan ini adalah mendedahkan operasi gudang di kilang Sharp dan perjalanan harian gudang harian mereka. Lawatan mengambil masa selama 3 jam. Para pelajar telah didedahkan dengan pelbagai sapek pengurusan gudang, penggunaan kenderaan di gudang dan susun atur di gudang tersebut. Di akhir lawatan, pihak kolej berharap agar lawatan ini dapat memberi impak kepada pelajar dalam menyelesaikan tugasan yang diberi dan menambah ilmu pengurusan logistik mereka. Pihak kolej juga berharap agar jalinan hubungan bersama pihak Sharp dapat diteruskan lagi dengan menghantar pelajar-pelajar Logistik untuk menjalani latihan industri di sini.
Sekian.
0 comments:
Post a Comment