Wednesday, April 1, 2009 | By: azaki

WEB 2.0


Apa Itu Web 2.0

Web 2.0 adalah trend atau gaya pembangunan laman web dengan menggunakan Teknologi World Wide Web untuk tujuan meningkatkan kreativiti, memastikan perkongsian maklumat adalah selamat dan guna meningkatkan fungsi dan kecekapan laman web. Konsep Web 2.0 telah membawa kepada perubahan dalam komuniti pengguna laman web seperti perkongsian blog, wiki dan guna website berunsur sosial seperti Facebook dan Friendster.

Perkataan Web 2.0 diasaskan oleh O`really Media pada tahun 2004. Walau bagaimana pun Web 2.0 bukan versi baru bagi World Wide Web, ia hanya cara pembangunan laman web yang berbeza dan cara pelayar menggunakan web tersebut. Akhir-akhir ini begitu ramai yang memperkata mengenai Web 2.0. Secara keseluruhannya, Web 2.0 merupakan generasi kedua dalam pembangunan Internet yang merangkumi perubahan sesuatu laman menjadi satu platform aplikasi laman web interaktif untuk pengguna.

Jika dibandingkan dengan Web 1.0, Web 2.0 lebih merujuk kepada corak penggunaan dan penyediaan elemen kepada pengguna. Jika dahulu, Web 1.0 lebih kepada "output" sahaja yang mana pengguna hanya mendapat maklumat daripada webmaster. Perubahan yang ketara dalam Web 2.0 memperkenalkan sistem "input dan output" yang membolehkan pengguna membaca maklumat, menghantar sebarang data dan memaparkan kembali data tersebut di dalam laman web tersebut.

1 comments:

Anonymous said...

assalamualaikm...
sir ajar sy cam ner nak wat blog....
leh x????

Post a Comment